Imam Firdaus Blog

Blog Tempat Kita Belajar, Berbagi, dan Bermain

Back to Top

Sholawat Sifaa’ dan Khasiatnya

Sholawat Sifaa’ dan Khasiatnya
 syifa'
Allahumma sholli alaa sayyidina muhammad thibilqulubi wa dawaa ihaa wa afiatil ajsadwa syifaa ihaa wa nuuril absor wa dhiyaa ihaawa alaa alihi wa shohbihi wa baarik wa sallam
Artinya :
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad saw, yang dengan berkat baginda, Engkau menyembuhkan hati, menjadi penawar dan menyehatkan tubuh juga memberi kesembuhan penyakit, serta mengurniakan cahaya penglihatan. Dan karuniakanlah rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda Nabi saw”
Sholawat ini telah lama beredar dan diamalkan masyarakat Islam, bukan sahaja di rantau kita tetapi juga di benua-benua lain di mana ada umat yang beriman. Diamalkan bukan sahaja oleh masyarakat awam, tetapi juga oleh para ulama ikutan, bahkan mereka menganjurkan pembacaannya untuk obat hati dan afiat badan dan cahaya mata. Inilah antara kelebihan mengamalkan sholawat yang berkat ini menurut kata ulama kita (“ulama dan protaz mereka” akan menyesatkan bahkan mensyirikkan kita, gasak demelah). Selain memperolehi keutamaan bersholawat, kita akan dilindungi Allah dari penyakit-penyakit, sama ada penyakit hissi maupun penyakit maknawi yang lebih kronik lagi, insya-Allah wa bi idznihi demi kemuliaan Junjungan s.a.w. yang kita sebut-sebut dalam sholawat tersebut sebagai wasilah untuk tujuan itu.
Renungilah tulisan Ustaz Abu ‘Ali al-Banjari Ahmad Fahmi al-Maliki dalam muqaddimah untuk terjemahannya bagi Qasidah Burdah yang berkata:
“….Ini bukanlah bererti qasidah Burdah ini yang menyembuhkan penyakit, tetapi yang dimaksudkan ialah apabila disebut-sebutkan sifat dan ketinggian akhlak Rasulullah s.a.w. maka bertambah-tambahlah rasa kecintaan kepada Baginda dan dengan berkat Baginda yang merupakan “ubat hati dan penawarnya, keafiatan badan dan kesembuhannya”, maka insya-Allah akan disembuhkan segala macam penyakit.”
Diantara khasiat sholawat syifa’:  Untuk sehat tubuh, keselamatan, dan hati menjadi terang
Apabila dibaca tiap hari maka:
  1. Menyehatkan jasmani dan rohani
  2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat
  3. Hati menjadi terang benerang, dapat melihat mana yang haq dan mana yang salah
  4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merusakkan.

 

Itulah diantara khasiat-khasiat sholawat syifa’ yang hendaknya diamalkan dengan penuh keyakinan seraya memohon kepada Allah yang maha kuasa. Insya Allah akan mendapatkan keberhasilan.

  •   Published On : 3 tahun ago on April 6, 2014
  •   Author By :
  •   Last Updated : Februari 13, 2016 @ 4:30 pm
  •   In The Categories Of : RELIGI
  •   Tagged With :

About the author

Penulis

Saya seorang Wiraswasta yang suka nge-blog dan share informasi di blog.

Tinggalkan Balasan - Klik Icon Sosial Media, jika berkomentar dengan Sosial Media

You might also reading...

Krisis Kastil Castle Clash

Krisis Kastil Castle Clash dan Pahlawan Terbaru

Read More